Isnin, 29 April 2013

Lirik lagu-Keluarga bahagia

Sedamai Taman Firdausi,
Limpahan kasih sayang sejati,
Seharum semerbak kasturi,
Mengharumi hidup insani,
Indahnya damainya keluarga yang bahagia,
Itulah idaman impian setiap insan,
Yang dahagakan belaian,
Serta kasih dan sayang,
Ketika insan lain berbahgia,
Bersama keluarga namun kita masih meniti,
Titian rapuh perhubungan,
Mengapa kita terpisah daripada rahmatnya,
Mungkinkah kita seringkali melupakannya,
Ayuhlah bina semula,
Keluarga diredhai Allah,
Oh ayah oh ibu,
dengarlah rintihan
dan luahan hatiku,
yang dahaga kasih,
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu,
Marilah kita bina bersama-sama,
Keluarga bahagia..